Showing posts with label Diari kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Diari kehidupan. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Menanti 11 Julai

Ini penentuannya...
Sudah terlalu lama aku tidak mengambil tahu tentang ini.
Namun diperhatikan di kalendar...
Sedar tak sedar ia jatuh pada ulang tahun kelahiranku.

Tabahkan hati ini menerima apa jua keputusan..
Mengharap yang terbaik dari-Nya..

Thursday, May 5, 2011

Menghampiri praktikal....

Cuti sudah hampir sebulan berlalu. Seusai menamatkan final exam, aku terus menyelesaikan hal-hal yang masih tertunggak. Uruskan subjek-subjek FYP yang masih belum cukup. Mengemaskini fail-fail dalam laptop. Perjalanan dari tamatnya exam hinggalah hari ini banyak isu-isu yang berlaku disekeliling aku.

1. Habis je Final exam, aku terus balik rumah. Nak rehat jap seminggu.

2. Kembali berkelana di bumi Kuantan untuk setelkan urusan FYP dan urusan-urusan lain. etc kemas barang semua.

3. Membaca isu-isu tentang pilihanraya negeri di Sarawak

4. Kembara ke bumi KL ---> KLIBF. Membeli buku-buku idaman walaupun dah tahu duit hampir kering. Huhuhuhu..

5. Balik semula ke Kelate. Membantu ibu dan ayah uruskan apa-apa yang patut.

6. Membuat suatu langkah baru --> Prepare for next step... Alhamdulillah

7. Isu sumpah laknat pula timbul. Kecoh muka depan paper keesokan harinya.

8. Osama didakwa telah dibunuh Tentera US LAKNATULLAH....

9. Keputusal final exam diumumkan --> Alhamdulillah (walaupun cuak 1 subjek belum diumumkan).

Sekarang: Aku dalam fasa meneliti peluang-peluang untuk 'self-improvement' dan bersedia dengan CATERING PLACEMENT.... New experience.....

Doakan yang terbaik ye....

p/s : Sayu mengenangkan FYP masih belum dimulakan. Awat xde semangat sangat ni.....

Friday, November 19, 2010

Teamwork raya.....

"Erti hidup pada memberi". Kata-kata yang cukup bermakna. Memang kita akan terasa puas hati bila dapat ambil bahagian dalam kerja ramai-ramai (baca: gotong-royong). Bekerja bersama adik beradik dan orang kampung. Lembu ditumbangkan. Ukhwah dieratkan.....

Kredit kat adik aku yang sudi jadi 'photographer"..

Akhirnya tumbang jua...

Kerja-kerja melapah


Melapah ekor

Bahagian....

Thursday, November 4, 2010

Catatan sebuah pemerhatian...

Dah lama x menitipkan kata di laman ini. Entahlah, berakhirnya IKOD 2010 muncul pula peperiksaan akhir semesta. Sehingga hari ini, aku telah menamatkan tiga subjek untuk semester ini....

Epidemiology & Research methodology..

Nutrition Education & Health Promotion..

Counseling Skills for Dietitian..

Perasaan?? Tak payah cerita kot.. Bercampur-baur perasaannya. Yang penting aku ada 2 core subjek lagi yang perlu dihadapi...

Social and Culture in Nutrition..

Medical Nutrition Therapy...

Mode baru: Standby dan bersedia....

Sepeninggalanku meninggalkan blog ini, bermacam-macam cerita menghiasi persada tanah air dan antarabangsa....

1. Cerita tentang IFF yang cukup menghiris hati umat Islam, sehingga kini masih belum kedengaran suara pihak-pihak yang terlibat dengan majlis tersebut memohon maaf kepada umat. Media buat macam takde apa-apa. Timbul pula ulama muda UMNO yang membantah sikap PAS ekoran teguran PAS kepada isteri YAB Perdana Menteri. Kononnya PAS mengaibkan pemimpin negara. Hmm.. pelik dan musykil pun ada. Majlis IFF tu takde pulak dibantahnya. Tak tahu la kalau ada pihak yang nak kata IFF tu tak mengaibkan Islam.

2. Cerita tentang bajet 2011. Banyak insentif yang diumumkan kerajaan. Naik elaun sana. Bonus di sini. Permata dapat berjuta-juta. Bangunan tinggi nak dibuat lagi. Bajet oh bajet.

3. Timbul cerita tentang Gunung Berapi. Kekuasaan Allah yang perlu kita sama-sama ambil iktibar. Ni baru dunia. Akhirat dahsyat lagi kot. So, penerima-penerima rasuah, perompak-perompak, pencabul-pencabul... Tolonglah ambil pengajaran betul-betul. Tak nampak lagi ke depan mata tu. Tapi manusia ni biasa la.. Fenomena alam katanya.

4. ETP oh ETP... Malaysia bakal jadi hab hiburan malam. Wow!!! Bestnya bagi pencinta-pencinta maksiat. Boleh wat maksiat banyak tempat. Bertambah lagi anak luar nikah... Adoi... Pelik betul la idea ni. Memang idea nak rosakkan umat islam.. Dah-dah la tu. Ke nak tambah student kat Sekolah Harapan. Aku harap-harap idea ni tak jadi la. Nak panggil pelancong pun, jangan la sampai kena tambahkan kelab malam. Anak dara melayu dah berapa ramai dah rosak. Ambil la pengajaran... Nak transformasi ekonomi pun, jangan la sampai tambah maksiat berkali-kali... Nasib baik mufti bersuara.. Bantah katanya. Ulama muda UMNO pula kata "Kami tegur dalam sirr".... Hmm...

5. Cerita terbaru: Galas dan Batu Sapi. Hmm... Sana cakap sini tabur duit. Sini cakap sana beli undi. Hasil keputusan pulak, BN menang dalam 2-2 pilihanraya. Kalah menang adat dalam pertandingan. Tapi aku macam dah agak apa berita muka depan pagi esok.... Tengok je la nanti..

Banyak lagi cerita-cerita sebenarnya..... tapi biar sampai sini dulu aku bercerita.....

Kembara Revolusioner,

Maktabah Jamiah Islamiah A'limiah Malizya,

4 November 2010